Terkini

Sejarah Penubuhan Markas Wilayah Laut 1

Written By Achern on Wednesday, 11 April 2012 | 09:12






 Markas ini telah ditubuhkan di Woodlands, sekitar tahun 1950 di Woodlands, Singapura semasa era Malayan Navydan diteruskan ke era Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Pada tahun 1975, Malaysia telah menghadapi kebanjiran Pendatang Tanpa Izin akibat perang Indo-China. TLDM telah terlibat secara langsung membendung kebanjiran pelarian perang tersebut. Komponen TLDM dikenali sebagai Operation Cabut Support Group (OCSG) yang ditempatkan di Tanjung Gelang, Kuantan. Tugas utama OCSG adalah membendung kemasukan pelarian perang tersebut di samping mengawal perairan Timur Semenanjung khususnya Pulau Bidong yang merupakan pulau penempatan sementara pelarian berkenaan.





Pergolakan politik di Indo-China telah mendorong Majlis Keselamatan Negara mencadangkan kepada kerajaan akan perlunya sebuah pangkalan TLDM di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Sehubungan itu, seiring dengan pelan ‘Perkembangan Istimewa Angkatan Tentera’ atau lebih di kenali sebagai PERISTA yang berlaku dalam jangkamasa yang singkat, kerajaan telah memutuskan Tanjung Gelang, Kuantan di jadikan sebagai Pangkalan TLDM di sebelah Pantai Timur Semenanjung sebagai reaksi terhadap pergolakan politik yang tidak stabil di Indo-China.



Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada pertengahan 1970an. Pangkalan yang dilengkapi jeti siap dibina pada tahun 1980. Seterusnya, pada 28 Okt 85 Markas Wilayah Laut 1  (MAWILLA 1) mula beroperasi pada 1 Jan 81 dan telah dirasmikan oleh Ke Bawah DYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustai’n Billah Abni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al Mu’Adzam Shah pada 28 Okt 85. Kemudahan infrastruktur dan prasarana markas di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang telah menjangkau usia tua dan ketinggalan ke belakang jika di bandingkan dengan Pangkalan-Pangkalan TLDM yang lain, seperti di Lumut, Kota Kinabalu, Semporna, Sandakan dan Pulau Langkawi. Pihak pengurusan markas telah merancang projek pembangunan markas untuk dilaksanakan secara berperingkat sesuai keperluan strategi pertahanan semasa dan masa hadapan.

Sejarah TLDM

Written By Achern on Monday, 9 April 2012 | 10:05

Sejarah Ringkas

Tentera Laut Diraja Malaysia bermula dengan pembentukan Tentera Laut Sukarelawan Simpanan Negeri Selat (TLSSNS) - Straits Settlement Naval Volunteer Reserve - yang telah ditubuhkan oleh kerajaan kolonial British di Tanah Melayu pada 27 April 1934 di Singapura. TLSSNS ditubuhkan untuk membantu Royal Navy mempertahankan kawasan perairan Tanah Melayu ekoran perkembangan dan pergolakkan politik di Asia di mana Empayar Jepun sedang memperluaskan kuasa dan pengaruhnya.

Apabila Perang Dunia Ke-2 meletus di Eropah, TLSSNS telah meningkatkan pengrekrutan demi mengukuhkan pertahanan Tanah Melayu memandangkan aset-aset Royal Navy diperlukan di medan operasi Eropah. TLSSNS juga telah dikerahkan untuk perkhidmatan aktif sebagai unit Royal Navy Malay Section, ataupun Malay Navy dengan kekuatan seramai 400 orang anggota. Golongan ini telah menjalani latihan di kem latihan HMS Pelandok. Keanggotaan Malay Navy kemudiannya meningkat kepada 1450 orang apabila perang meletus di Asia Tenggara.

Sepanjang Perang Dunia ke-2, Malay Navy berkhidmat di bawah Tentera Bersekutu atau lebih tepat lagi di bawah panji-panji Royal British Navy. Malay Navy berkhidmat bersama Royal Navy di medan operasi di Lautan Hindi dan Pasifik. Apabila perang tamat dengan penyerahan kalah Jepun pada tahun 1945 hanya 600 anggota melapor diri semula. Pada tahun 1947, Malay Navy terpaksa dibubarkan akibat kemelesetan ekonomi.

HMS MALAYA Woodlands, Singapura
Active Image
Pangkalan TLDM Woodland, Singapura
Pada 24 Disember 1948, Darurat diisytiharkan di Tanah Melayu akibat ancaman pengganas komunis. Menyedari kepentingannya, pihak British mengaktifkan semula Malay Navy dan dikenali sebagai Malayan Naval Forces (MNF). Tarikh 4 Mac 1949 menyaksikan hari perasmian dan penubuhan MNF yang berpangkalan di HMS Malaya,Woodlands, Singapura.

Misi utama MNF ialah pengawasan pesisir pantai bagi menghalang pengganas komunis daripada memperoleh bantuan bekalan melalui jalan laut. Angkatan ini juga diberi tugas mengawal laluan ke Singapura dan pelabuhan-pelabuhan lain. MNF juga dibekalkan dengan sebuah Frigat kelas River HMS Test yang turut digunakan sebagai kapal latihan. Pada bulan 29 Ogos 1952, Her Royal Majesty Queen Elizabeth (Ratu Elizabeth 2) telah mengurniakan gelaran 'Diraja' kepada MNF, menjadikan MNF kini dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaya (Royal Malayan Navy) di atas perkhidmatan MNF yang cemerlang.

Pada 5hb Ogos 1955 Ketua Menteri Singapura, David Marshall telah melawat Pangkalan Woodlands. Beliau marasa kagum dengan perkembangan pesat di pangkalan itu. Dalam tahun itu juga beberapa buah kapal Royal Malayan Navy telah menyertai beberapa siri latihan dengan Royal Navy dan Tentera Laut negara Komanwel yang lain. Tugas-tugas yang dilakukan oleh Royal Malayan Navy di tahun lima puluhan tertumpu kepada mengawal keselamatan perairan Tanah Melayu dan juga Singapura. Kapal-kapal Royal Malayan Navy sentiasa meronda di sekitar kawasan perairan pantai bagi menghalang kegiatan penyeludupan senjata api kepada pengganas komunis. Dalam masa darurat tumpuan rondaan ialah di perairan Pengerang Batu Pahat, di mana kegiatan pengganas komunis dipercayai berleluasa. Sementara itu HMMS PELANDOK banyak membantu dalam rondaan di sekitar kawasan pantai Semenanjung Tanah Melayu dan juga memberi bantuan kepada anggota-anggota polis dengan membuat tembakan dari laut.

Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957, perkara utama yang difikirkan oleh pemimpin-pemimpinnya ialah mengenai keselamatan negara. Peristiwa Tanah Melayu dijajah Jepun pada tahun 1941 telah menjadi pengajaran supaya ia tidak berulang setelah negara mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan Tanah Melayu menamatkan penjajahan British dan sekaligus kuasa mutlak berpindah sepenuhnya kepada pemimpin negara. Ini termasuklah juga dalam hal ehwal keselamatan yang masih lagi dirunding bagi menentukan penempatan pasukan tentera di Tanah Melayu.
Active Image
Tetamu Istimewa:
Commodore Thanabalasingam
menjemput ketibaan
Tunku Abd Rahman
di Pangkalan TLDM Woodlands,
Singapura pada tahun 1970
Royal Malayan Navy akhirnya diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958. Penaikkan bendera Tentera Laut Persekutuan secara rasminya menandakan Roayal Malayan Navy memikul tanggung jawab untuk mempertahankan perairan Persekutuan. Royal Malayan Navy memulakan tugasnya hanya dengan sebuah pangkalan pusat di HMS Malaya Woodland, Singapura dan sebuah armada kecil yang terdiri daripada sebuah kapal LCT, 2 buah kapal penyapu ranjau (minesweeper) kelas HAM, dan 7 buah kapal patrol.

Sekali lagi pada 16 Sep 1963, pasukan ini dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia dan agronim 'HMMS' (Her Majesty's Malayan Ship) telah ditukar ke 'KD' bermaksud Kapal Diraja. Apabila TLDM diserahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Malaysia pada 1 Jul 1958, ia mula berkembang dengan penuh pesat dan cemerlang. Sewaktu pemerintahan Panglima Tentera Laut yang Pertama, salah satu usaha beliau yang boleh dijadikan sejarah ialah perancangan untuk memindahkan Pangkalan TLDM Woodlands ke Lumut. Usaha beliau telah menjadi realiti dan rancangan ini telah mula direalisasikan pada tahun 1979. Walaupun tapuk pemerintahan Tentera Laut bertukar ganti, wawasan yang sedia ada tetap dilaksanakan dengan jayanya oleh Panglima-Panglima seterusnya.
Namun demikian,

Apabil Perang Dunia Ke-2 meletus di Eropah, TLSSNS telah meningkatkan pengrekrutan demi mengukuhkan pertahanan Tanah Melayu memandangkan aset-aset Royal Navy diperlukan di medan operasi Eropah. TLSSNS juga telah dikerahkan untuk perkhidmatan aktif sebagai unit Royal Navy Malay Section, ataupun Malay Navy dengan kekuatan seramai 400 orang anggota. Golongan ini telah menjalani latihan di kem latihan HMS Pelandok. Keanggotaan Malay Navy kemudiannya meningkat kepada 1450 orang apabila perang meletus di Asia Tenggara.



Active Image
Ensign Berkibar di Pangkalan TLDM
Woodlands, Singapura
Sepanjang Perang Dunia ke-2, Malay Navy berkhidmat di bawah Tentera Bersekutu atau lebih tepat lagi di bawah panji-panji Royal British Navy. Malay Navy berkhidmat bersama Royal Navy di medan operasi di Lautan Hindi dan Pasifik. Apabila perang tamat dengan penyerahan kalah Jepun pada tahun 1945 hanya 600 anggota melapor diri semula. Pada tahun 1947, Malay Navy terpaksa dibubarkan akibat kemelesetan ekonomi.






Active Image
Jeti Tentera Laut Diraja Malaya
di Woodlands, Singapura
Pangkalan TLDM Woodlands masih lagi beroperasi sebagai pangkalan bantuan logistik kepada kapal-kapal yang beroperasi di bahagian selatan semenanjung. Pangkalan ini dinamakan 'BEREK TLDM WOODLANDS' dan diletakkan bawah organisasi pemerintahan Markas Wilayah Laut 1.

Manakala Pusat Latihan Rekrut terus dilaksanakan di KD PELANDOK, Pangkalan TLDM Lumut. Dengan bertambahnya pelatih yang mengikuti kursus-kursus kerjaya termasuk pendekatan yang diambil oleh TLDM untuk mengasingkan pelatih-pelatih muda ini, sekali lagi Pusat Latihan Rekrut telah berpindah ke Berek TLDM Woodlands di Singapura dalam tahun 1984, iaitu selepas perpindahan KD MALAYA ke Lumut. Pusat Latihan Rekrut berada di bawah organisasi KD PELANDOK sementara Berek TLDM Woodlands yang bertindak sebagai unit Bantuan masih di bawah pemerintahan MAWILLA 1. Pada tahun 1996, Pusat Latihan Rekrut telah dikenali dengan nama Fakulti Rekrut (FAREK). Ini adalah sinambungan dari perubahan yang dibuat oleh KD PELANDOK.
Pada pertengahan tahun 1994, berita paling hangat tersebar ke serata tempat. Pangkalan TLDM Woodlands akan diserahkan kepada Kerajaan Singapura. Akhirnya, berita tersebut menjadi realiti apabila Tg Pengelih yang terletak lebih kurang 129 km dari Bandar Johor Baharu telah terpilih untuk dijadikan pusat latihan yang baru dengan singkatan PULAREK TLDM. Seterusnya, penyerahan Berek TLDM Woodlands kepada Kerajaan Singapura telah dilaksanakan pada 3 Dis 1997.

Sumber: Navy.mil.my

test post

Written By Achern on Monday, 12 March 2012 | 00:00

Trythis hello

LAWATAN DIRAJA KDYMM SULTAN PAHANG KE KD TUN RAZAK DAN KD PAHANG

Written By Achern on Tuesday, 7 February 2012 | 02:08

LAWATAN DIRAJA KDYMM SULTAN PAHANG KE KD TUN RAZAK DAN KD PAHANG DI PANGKALAN TLDM TANJUNG GELANG
KUANTAN, 7 Feb – Buat julung kalinya KD TUN RAZAK, Kapal Selam kedua yang merupakan aset strategik pertahanan negara berada di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang Kuantan sempena Lawatan Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Pahang. Kapal ini telah dibina di Cherbourg and Navantia, Cartagena, Sepanyol dan telah dilancarkan secara rasmi pada 8 Oktober 2008 oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. KD TUN RAZAK seterusnya ditauliahkan secara rasmi pada 5 November 2009 oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj. Jaafar. Kapal ini diketuai oleh Komander Baharudin bin Wan Md Nor TLDM sebagai Pegawai Memerintah. Kapal selam ini mampu memuatkan 32 kru dan merupakan kapal selam konvensional yang berkeupayaan tinggi serta dilengkapi dengan peralatan teknologi terkini.
PM KD TUN RAZAK melapor kekuatan anggota kapal 
kepada Sultan Pahang
Manakala KD PAHANG yang sebelum ini berpangkalan di Markas Wilayah Laut 2, Kota Kinabalu, Sabah kini bertukar tugas ke Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang. Kepulangan KD PAHANG ke Negeri Pahang sememangnya dinantikan dan bakal menjadi suatu kemegahan kepada seluruh rakyat Negeri Pahang. Ia boleh diibaratkan seperti 'Sirih Pulang Ke Gagang'. Kapal tersebut telah dilancarkan oleh DYMM Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom pada 3 Ogos 2006 di Lumut Perak. Kini KD PAHANG diketuai oleh Komander Azhar bin Adam TLDM. KD PAHANG merupakan Kapal Peronda Generasi Baru kedua TLDM yang dikendalikan oleh 68 kru adalah berkonsepkan kapal bestari atau smart ship. Kapal yang panjangnya 91 meter ini dilengkapi dengan peralatan moden dan berteknologi tinggi sesuai dengan perkembangan aspek pertahanan masa kini.

Pada hari bersejarah ini, pihak TLDM amat berbesar hati di atas perkenan KDYMM Sultan Pahang untuk mengadakan Lawatan Diraja ke KD TUN RAZAK dan KD PAHANG di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang. Bermula dengan keberangkatan KDYMM Sultan Pahang dengan pesawat helikopter pada jam 10.30 pagi di Pangkalan TLDM Tanjung 


Gelang. Lawatan ini juga turut dihadiri oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato Seri Diraja Adnan bin Yaakub, Para Tetamu Diraja, Para Pembesar Negeri serta Persekutuan, serta Pegawai Kanan TLDM. Kebawah Duli Tuanku telah berangkat ke Jeti Operasi untuk menerima tabik hormat Kawalan Kehormatan Utama seramai 106 pegawai serta anggota. Semasa titah diraja, Kebawah Duli Tuanku telah melahirkan rasa bangga terhadap permodenan dan keupayaan TLDM masa kini sebagai sebuah Angkatan Laut yang disegani serta mampu mempertahankan kedaulatan perairan negara. Kebawah Duli Tuanku telah dibawa oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar untuk melawat ke KD TUN RAZAK dan KD PAHANG. Kebawah Duli Tuanku juga telah bergambar bersama kru kedua-dua kapal dan seterusnya melawat Galeri Kapal Selam dan Galeri KD PAHANG.
Sesungguhnya Lawatan Diraja ke KD TUN RAZAK dan KD PAHANG ini telah menyuntik semangat untuk warga kedua-dua kapal terus mencurahkan khidmat cemerlang dalam menentukan kedaulatan dan pertahanan maritim negara terus terkawal.
Menikmati santapan dan jamuan tengah hari di
KD PAHANG

Oleh PR MAWILLA 1
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. my test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger